
Pencapaian Public Gold sebagai syarikat emas No.1 Malaysia
SIJIL PATUH SYARIAH
MALAYSIA BOOK OF RECORD – 2 RECORD ACHIEVEMENTS
18 CAWANGAN SELURUH MALAYSIA
App Public Gold : Premium Service dan Multi-features

SIMPANAN EMAS DIKAWAL OLEH PDRM

SYARIKAT GERGASI YANG KUKUH DAN PRODUK EMAS YANG TULEN BERKUALITI
Keahlian MGA menunjukkan sesebuah syarikat terlibat secara rasmi dalam industri emas dan merupakan sebahagian daripada rangkaian pemain industri emas di Malaysia.
Malaysia Gold Association (MGA) ialah sebuah persatuan industri emas yang menghimpunkan pelbagai pemain dalam ekosistem emas Malaysia, termasuk syarikat perdagangan emas, pengeluar barang kemas, penapis emas, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan berkaitan emas.
Matlamat utama MGA adalah untuk memajukan industri emas negara, menggalakkan amalan perniagaan yang profesional dan beretika, serta menjadi platform kerjasama antara pihak industri, kerajaan dan organisasi antarabangsa.
LBMA ialah London Bullion Market Association, sebuah badan antarabangsa yang menetapkan piawaian utama bagi perdagangan emas dan perak di pasaran global.
LBMA terkenal kerana menguruskan Good Delivery List, iaitu senarai penapis (refineries) yang memenuhi standard ketat dari segi ketulenan, kualiti, berat, dan amalan perniagaan. Emas daripada kilang penapis yang diiktiraf LBMA biasanya lebih mudah diterima dan didagangkan di pasaran antarabangsa.
SOALAN LAZIM
Apa beza harga akaun emas GAP dan harga emas fizikal?
Harga GAP berubah setiap
hari pada jam sekitar 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 20 minit,
oleh itu dalam satu-satu masa, harga GAP lebih rendah atau tinggi dari harga
fizikal.
Selain itu, harga GAP sama
bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar emas fizikal,
lebih rendah harga per gram.
Emas simpanan 999 atau emas perhiasan 916, mana lebih baik?
Beza paling ketara ialah kualiti emas tersebut. Emas simpanan
biasanya berkualiti emas 24K atau emas 999, tetapi emas perhiasan biasanya
berkualiti emas 22K atau emas 916. Emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih
tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dengan harapan pulangan tinggi.
Bila waktu paling sesuai untuk beli emas?
Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada
duit simpanan yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga
rendah, siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi?
Apa beza dinar emas dan bar emas?
Beza paling ketara ialah ukuran dan design. 1 dinar = 4.25 gram.
Dari segi design, set dinar bentuk bulat sementara gold bar Bungamas atau Tai
Fook bentuk petak.
Adakah wajib bayar zakat untuk akaun GAP?
Emas dalam bentuk akaun GAP mahupun fizikal, gold bar atau
dinar, jika jumlah emas simpanan cecah 85 gram atau lebih, dan cukup setahun,
wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga semasa. Maklumat lanjut di
Bagaimana cara daftar sebagai ahli Public Gold?
Pendaftaran percuma boleh dibuat
di sini.
WhatsApp saya selepas pendaftaran untuk bimbingan.
Bagaimana cara buka akaun untuk anak (bawah 18 tahun)?
Boleh daftar Public Gold Junior Account di sini.
Apa beza akaun GAP biasa dengan akaun GAP Junior?
Akaun GAP biasa adalah
untuk penyimpan 18 tahun dan ke atas sementara akaun GAP Junior untuk penyimpan
bawah 18 tahun.
Maklumat ibu/bapa/penjaga
diperlukan dalam pendaftaran akaun GAP Junior.
Bagaimana dengan akaun Public Gold jika penyimpan meninggal dunia?
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
– Sijil Kematian
- Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]
- Salinan IC pewaris
- Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]
- Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
- Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan;
- Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau
- Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
* Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold
Apa itu spread emas?
Spread emas ialah beza antara harga beli dan harga jual emas pada waktu yang sama.
