Akaun GAP

Akaun GAP (Gold Accumulative Program)

Pengenalan

Akaun GAP ialah salah satu sistem unik yang diperkenalkan oleh Public Gold, yang membolehkan pelanggan membeli emas fizikal tanpa perlu menyimpannya sendiri. Dengan kemudahan ini, pelanggan tidak perlu risau tentang risiko kecurian atau kos penyimpanan kerana semua urusan simpanan diuruskan oleh Public Gold. Konsepnya adalah seumpama akaun bank, tetapi dalam bentuk simpanan emas.

Emas yang dibeli melalui Akaun GAP ialah emas fizikal kerana konsep Public Gold adalah berteraskan Syariah, iaitu “beli emas, dapat emas.” Bezanya, Public Gold menyediakan perkhidmatan penyimpanan untuk emas yang telah dibeli. Emas tersebut disimpan di dalam peti besi Public Safe, iaitu anak syarikat Public Gold yang menyediakan perlindungan insurans serta jaminan bagi setiap gram emas yang disimpan. Selain itu, Public Gold turut mendapat kawalan keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan tahap keselamatan aset pelanggan.

Emas yang dibeli melalui Akaun GAP mempunyai ketulenan 999.9 (24K).

Simpanan boleh dimulakan serendah RM100 untuk Akaun Dewasa dan RM50 untuk Akaun Junior. Tiada sebarang caj dikenakan untuk pembukaan Akaun GAP. Selain itu, pelanggan juga tidak dikenakan sebarang kos penyimpanan di Public Safe, kos insurans atau caj keselamatan bagi simpanan emas GAP.

Akaun GAP telah memperoleh sijil pematuhan Syariah sejak 2017 lagi dan diaudit setiap tahun sehingga kini. Emas yang disimpan boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal atau dijual semula (dicairkan) pada bila-bila masa mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Sila rujuk 15 keunikan Akaun GAP dan aplikasi Public Gold yang menjadikannya pilihan lebih 2.6 juta penabung emas.

unnamed
6246494577703457057

Akaun GAP telah memperoleh sijil pematuhan Syariah sejak 2017 lagi dan diaudit setiap tahun sehingga kini.

sijil pengesahan patuh syariah oleh panel shariah public gold 1600x1134